Wednesday, October 21, 2009

UUM Environment

Dewan Mas




Dataran Perdana



Canselori

My Friends

These were the pictures that we took during mooncake festival.


They are my frends, Jiing Yee, Mei Ying and Pin Chuan.

Below are my best frends, Vincent and PC.


My friend, Shu Jiun's Birthday....



Vincent's Birthday...

DPP MAS

Setiap mahasiswa-mahasiswi yang menuntut pelajaran di UUM ini telah ditempatkan pada dewan penginapan pelajar(DPP) yang disediakan oleh universiti.

DPP yang saya tinggal ialah DPP MAS. Bilik saya terletak pada tingkap empat blok B.

Bilik saya didiami seramai 3 orang. Kedua-dua orang roommate saya adalah berasal dari negeri Pulau Pinang.

DPP Mas


Cafeteria Mas


Pejabat Mas

Orientasi

Orientasi sepanjang seminggu telah memberikan kenangan yang terindah dalam permulaan kehidupan universiti saya.
Dalam minggu ini, saya telah berkenal dengan ramai kawan yang berasal dari pelbagai negeri.


Tuesday, October 20, 2009

PERPUSTAKAAN SULTANAH BAHIYAH


Perpustakaan Sultanah Bahiyah [PSB] adalah sebuah pusat sumber dan gedung ilmu yang menyediakan kemudahan-kemudahan untuk membantu warga Universiti Utara Malaysia dalam proses pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan.

Ia wujud sebagai sumber rujukan dan koleksi ilmu terbesar di UUM yang menghimpunkan segala bentuk atau format sumber ilmu yang boleh diperolehi menerusi pelbagai cara pengaksesan. Himpunan pelbagai bentuk sumber ini diproses, dikelasifikasi dan disebarkan secara profesional, mengikut format yang diterima pakai secara global. Ini juga bertepatan dengan hasrat UUM untuk menjadi universiti global yang cemerlang dan mempunyai kreadibiliti tersendiri.

Bangunan PSB berada dipusat dan antara jajaran kompleks pembelajaran/pengajaran universiti. Bangunan 5 tingkat dan berukuran 21170 kaki persegi ini dilengkapi dengan kemudahan terkini dan boleh memuatkan kapasiti maksimum seramai 1000 orang pengguna pada suatu masa termasuklah bilik perbincangan dan karel.

Matlamat PSB adalah untuk memberi perkhidmatan yang berkualiti kepada pengguna. Namun ia tidak akan tercapai jika pengguna tidak memaparkan sifat-sifat yang sewajarnya, bertanggungjawab dan amalan positif dalam menggunakan perkhidmatan yang disediakan.

Pintu Masuk UUM

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA


Universiti Utara Malaysia (UUM) merupakan universiti yang keenam ditubuhkan di Malaysia. Ia ditubuhkan secara rasmi pada 16 Februari 1984 di bawah Perintah (Perbadanan) Universiti Utara Malaysia. Cogan kata UUM ialah "Ilmu, Budi, Bakti".

Hasrat untuk mewujudkan universiti keenam di Malaysia timbul berikutan bertambahnya permintaan terhadap pendidikan tinggi dan kurangnya tempat di lima universiti tempatan yang sedia ada. Pada bulan Ogos 1983, kerajaan mengarahkan Kementerian Pendidikan supaya menjalankan kajian kemungkinan dan menyediakan satu kertas kerja ke atas projek universiti keenam ini. Pada 19 Oktober 1983, Kabinet menelitinya dan meluluskan penubuhannya.
Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Kedah dilantik sebagai Canselor. Naib Canselor UUM yang pertama ialah Prof. Tan Sri Dato' Awang Had Salleh.
Pejabat sementara Universiti Utara Malaysia ditempatkan di sebuah bangunan di bandar Jitra sehingga Kampus Darulaman disiapkan. Pembinaan kampus sementara berharga RM96 juta di kawasan seluas 25 hektar di Bandar Darulaman, Jitra bermula pada Januari 1984. Dalam tempoh enam bulan fasa pertama siap dan seramai 295 orang pelajar perintis memulakan pengajian pada 7 Julai 1984. Fasa II dan III pada tahun 1987. Konvokesyen pertama, kedua dan ketiga diadakan di Kampus Darulaman.
Pembinaan kampus tetap di Sintok pula bermula pada 8 Januari 1989. Kampus Sintok mula beroperasi pada 15 September 1990, dan perpindahan sepenuhnya ke Kampus Sintok berjaya dicapai pada 1 Januari 1991. Kampus Sintok yang berharga RM580 juta ini siap sepenuhnya pada 1993.
Pada masa ini, UUM mempunyai 13 buah fakulti, dua institut dan 15 kolej kediaman pelajar. Satu keunikan universiti ini adalah kebanyakan kemudahan yang terdapat di situ terbuka kepada orang ramai.

UUM


Free Blogspot Templates by Isnaini Dot Com. Powered by Blogger and Supported by Doocu.Com - Free PDF Upload and Share