Tuesday, October 20, 2009

PERPUSTAKAAN SULTANAH BAHIYAH


Perpustakaan Sultanah Bahiyah [PSB] adalah sebuah pusat sumber dan gedung ilmu yang menyediakan kemudahan-kemudahan untuk membantu warga Universiti Utara Malaysia dalam proses pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan.

Ia wujud sebagai sumber rujukan dan koleksi ilmu terbesar di UUM yang menghimpunkan segala bentuk atau format sumber ilmu yang boleh diperolehi menerusi pelbagai cara pengaksesan. Himpunan pelbagai bentuk sumber ini diproses, dikelasifikasi dan disebarkan secara profesional, mengikut format yang diterima pakai secara global. Ini juga bertepatan dengan hasrat UUM untuk menjadi universiti global yang cemerlang dan mempunyai kreadibiliti tersendiri.

Bangunan PSB berada dipusat dan antara jajaran kompleks pembelajaran/pengajaran universiti. Bangunan 5 tingkat dan berukuran 21170 kaki persegi ini dilengkapi dengan kemudahan terkini dan boleh memuatkan kapasiti maksimum seramai 1000 orang pengguna pada suatu masa termasuklah bilik perbincangan dan karel.

Matlamat PSB adalah untuk memberi perkhidmatan yang berkualiti kepada pengguna. Namun ia tidak akan tercapai jika pengguna tidak memaparkan sifat-sifat yang sewajarnya, bertanggungjawab dan amalan positif dalam menggunakan perkhidmatan yang disediakan.

0 comments:

UUM


Free Blogspot Templates by Isnaini Dot Com. Powered by Blogger and Supported by Doocu.Com - Free PDF Upload and Share